Sunday, November 20, 2016

Google Drive

Image result for kelebihan google drive



Google Drive adalah penyimpana milik google yang dilancarkan pada 24 April 2012. merupakan ekstensi google docs  dan menggantikan docs.google.com dengan drive.google.com setelah di aktifkan. google drive ini memberikan kapasiti penyimpana gratis sebesar 5GB dan boleh di tambah dengan pembayaran tertentu. Sekarang google drive bisa di aksess dengan android, sehingga dapat memudahkan akses di mana pun.

Kelebihan Google Drive
  • Hard Google, boleh menyimpan semua file di satu tempat, jadi kita boleh mengakses dari mana pun dan bisa berbagi dengan orang lain.
  • Pakai app Google Hard di android untuk mengakses gambar,file,dokumen,vidio.
  • Mengedit dan membuat dokumen dengan format rich texs.
  • Lakuakn dengan cepat perubahan spreadsheet.
  • Dapat membaca file PDF.
  • Mengkonversi dan upload file ke format google.
  • Mengambil teks dan foto untuk mengubah dan mencetak menjadi dokumen google.
  • Menyimpan fili orang di tempat yang aman.
  • Melihat dan membuka file apaun.
  • Boleh mengakses di mana pun.

Pertandingan Kitar Semula

Terdapat pelbagai pertandingan yang boleh dijalankan untuk memupuk nilai kitar semula dalam kalangan masyarakat. Umum sudah sedia maklum bahawa amalan kitar semula ini mestilah dipupuk sejak kecil lagi dalam diri anak-anak kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pertandingan yang dianjurkan secara berperingkat, seperti contoh pertandingan peringkat sekolah, diikuti peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. Hal ini demikian dapat meningkatkan kesedaran sayang akan alam sekitar yang menjadi tunjang utama kesejahteraan bumi kita ini. 



Nama Projek:
Kitar Semula Budaya Kita

Pengenalan Projek
 
Program ini khas dilaksanakan untuk mendedahkan semua warga sekolah
pengetahuan tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan
seterusnya meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah dalam amalan lestari
hidup terutamanya mengitar semula bahan-bahan yang sedia ada dalam kawasan
sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan adalahgotong-royong, projek inovasi bahan terbuang, jualan bahan terpakai, pertandingan melukis dan pertandingan mencipta sajak alam sekitar.


Matlamat Projek

Menjadikan warga SMK Padang Saujana  sedar dan bergiat aktif
dalam program kitar semula dan sayang akan alam sekitar.


Objektif Projek
        Objektif utama pertandingan itu dijalankan adalah untuk


  •  memupuk nilai sayang akan alam sekitar dalam kalangan pelajar. 
  • Selain itu, untuk meningkatkan kreativiti pelajar dalam mengubah bahan kitar semula menjadi sesuatu inovasi yang baru. 
  • Akhir sekali, untuk mengutip sumbangan yang diperoleh untuk kegunaan sekolah.



Faedah Projek
 
I. Semua warga sekolah didedahkan dengan pengetahuan secara lebih
mendalam mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar.

II. Warga sekolah dapat memanfaatkan program ini untuk dilaksanakan di
tempat kediaman masing-masing dengan mempraktikkan amalan kitar
semula.

III.Dapat mengutip dana untuk sekolah.

Pihak Pelaksana Program Amalan Lestari Kitar Semula
 
PIBG, Kelab Bahasa Melayu, Staf, Pelajar Tingkatan 6

Strategi Pelaksanaan
 
1. Mengadakan taklimat ringkas berkaitan dengan kitar semula kepada semua
murid semasa gerak gempur pagi.

2. Memaparkan maklumat tentang pencemaran alam sekitar dan risalah-risalah
tentang kepentingan kitar semula di setiap kelas.

3. Menganjurkan pertandingan antara kelas yang berjaya mengumpul bahanbahan
kitar semula terbanyak dan berkesan.

4. Memberi pengiktirafan kepada kelas yang menyumbang dan terlibat secara
aktif dalam melaksanakan program kitar semula ini

5. Menjalankan aktiviti pungutan dan pengumpulan bahan kitar semula pada
hari penamat program ini.

6. Menyediakan beg plastik hitam dengan label kepada setiap kelas
agar mereka dapat mengkategorikan jenis-jenis bahan kitar semula mengikut
kumpulan yang betul misalnya kertas, plastik dan tin-tin aluminium.

7. Menghubungi agensi-agensi berkaitan untuk mengumpul semua bahan kitar
semula yang berjaya di kumpul oleh murid-murid di setiap kelas



Pencapaian

Objektif tercapai dan semua warga sekolah mengambil bahagian secara aktif
dalam setiap program yang dijalankan.
Segala program yang dijalankan mendapat kerjasama yang menyeluruh dari
warga sekolah dan AJK SEKOLAH.

Masalah dan Kekangan Yang Di Hadapi
 
Kekangan dari segi masa untuk menjalankan program selain dari waktu
sekolah dan aktiviti yang dijalankan hanya terbatas pada aras murid sekolah rendah.

Perancangan Seterusnya
 
Meneruskan program ini dengan memantau keberkesanannya dari masa ke
semasa dan menggalakkan murid sepanjang masa dalam mengumpulkan bahan
kitar semula dengan cara memaklumkan setiap minggu semasa perhimpunan pagi.
Menambahkan lagi aktiviti dan program yang berkaitan kesedaran kitar
semula dan ia akan dijadikan aktiviti wajib setiap tahun seperti program 3R ‘Reduce,
Reuse, Recycle.


Status Kemajuan Pelaksanaan Projek










Related image

BERITA KITAR SEMULA

Kitar semula sememangnya menjadi satu agenda negara sebagai salah satu langkah untuk meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, pelbagai langkah telah diambil untuk meningkatkan minat masyarakat dalam aktiviti ini.  Sudah terang lagi bersuluh, langkah ini memang mendapat sambutan dari pelbagai pihak termasuk pihak media. Banyak berita yang dikeluarkan untuk mengiktiraf aktiviti ini . Sebagai contoh boleh rujuk lampiran dibawah .

Keratan akhbar Sinar Harian



Keratan akhbar Sinar Harian



Keratan akhbar Metro

google drive

Friday, November 18, 2016

Kitar Semula

REUSE, REDUCE, RECYCLE 
I 💗 🌏


Dengan mengamalkan 3R (pengurang, guna semula dan kitar semula), kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia. Kehilangan sumber-sumber pada akhirnya dipanggil “sumber-sumber terbatas”.

Reduce – Pengurangan

Hanya beli apa yang diperlukan
➢Kurangkan pembelian yang tidak perlu
➢Beli produk yang boleh diguna semula
➢Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula
➢Jual atau dermakan barangan (dalam keadaan baik) yang tidak digunakan
➢Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak digunakan
➢Beli produk tidak bertoksik
➢Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya
➢Gunakan bahan alternatif untuk mengganti bahan berbahaya/toksik

Reuse – Guna Semula


Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan    barangan di rumah.
➢Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan alamat baru di atas alamat lama. Ia juga boleh digunakan sebagai kertas skrap.
➢Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.
➢Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan barangan dan dijadikan kertas conteng.
➢Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca.
➢Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan. Jangan membakar kayu-kayu ini. Pembakaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang.
➢Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar semula.

Recycle – Kitar Semula


Kitar semula di rumah:
➢Sentiasa melihat akan barang yang boleh dikitar semula. Asingkan bahan-  bahan ini mengikut jenis. Gunakanlah tong-tong kitar semula yang terdapat  untuk membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
➢Cuba mencari cara untuk kitar semula setiap bahan seperti kertas, plastik,  loam dan kaca. Bahan-bahan lain seperti perabot, barangan elektronik, bahan  pembinaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula.
➢Beli produk-produk yang menggunakan barangan kitar semula.
➢Mengitar semula barangan kebun dan menanam pokok boleh memperbaiki  alam laman anda. Mengkompos, iaitu proses pereputan bahan-bahan boleh  reput, dapat digunakan semula sebagai baja di laman. Ia adalah cara terbaik  untuk mengurangkan sisa dapur.
➢Mengitar semula rumput merupakan cara yang ringkas untuk mengembalikan  zat-zat kepada tanah apabila rumput yang dipotong ini dibiarkan mereput.

Bahan Kitar Semula

KITAR SEMULA

Kitar semula merujuk kepada proses bahan (buangan) menjadi produk baru untuk mengelakkan pembaziran bahan-bahan yang berpotensi untuk digunakan, mengurangkan penggunaan bahan mentah yang segar dan mengurangkan penggunaan tenaga.

3 Bahan utama kitar semula adalah kertas, kaca, dan plastik.

KERTAS

  • Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, seperti suratkhabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak boleh dikitar semula.
  • Semua jenis kertas mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna BIRU.
  • Kertas berkualiti tinggi biasanya adalah kertas cetakan putih, kertas komputer putih, kertas alatulis pejabat putih dan kertas nota putih.

KACA

  • Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas makanan, botol vitamin dan bekas kosmetik.
  • Semua jenis kaca ini mestilah diletakkan di dalam tong yang berwarna COKLAT
  • Kebanyakan pembeli mengkehendaki segala kaca yang dikumpulkan diasingkan mengikut warna (warna jernih, hijau dan coklat) sebelum diangkut tetapi ada sesetengah yang menerima kaca yang bercampur aduk.Biasanya kaca yang pecah dan kertas label juga boleh diterima.

PLASTIK

  • Beg-beg membeli belah plastik, beg plastik dari pasar raya, botol minuman plastik, botol air mineral dan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik boleh diproses untuk dikitar semula.
  • Semua jenis plastik ini mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA.
  • Kitar semula plastik adalah industri yang masih baru dan dijangka berkembang selari dengan kemajuan teknologi.
Tong sampah yang disediakan mengikut bahan kitar semula.