Friday, November 18, 2016

Kitar Semula

REUSE, REDUCE, RECYCLE 
I 💗 🌏


Dengan mengamalkan 3R (pengurang, guna semula dan kitar semula), kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia. Kehilangan sumber-sumber pada akhirnya dipanggil “sumber-sumber terbatas”.

Reduce – Pengurangan

Hanya beli apa yang diperlukan
➢Kurangkan pembelian yang tidak perlu
➢Beli produk yang boleh diguna semula
➢Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula
➢Jual atau dermakan barangan (dalam keadaan baik) yang tidak digunakan
➢Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak digunakan
➢Beli produk tidak bertoksik
➢Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya
➢Gunakan bahan alternatif untuk mengganti bahan berbahaya/toksik

Reuse – Guna Semula


Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan    barangan di rumah.
➢Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan alamat baru di atas alamat lama. Ia juga boleh digunakan sebagai kertas skrap.
➢Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.
➢Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan barangan dan dijadikan kertas conteng.
➢Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca.
➢Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan. Jangan membakar kayu-kayu ini. Pembakaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang.
➢Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar semula.

Recycle – Kitar Semula


Kitar semula di rumah:
➢Sentiasa melihat akan barang yang boleh dikitar semula. Asingkan bahan-  bahan ini mengikut jenis. Gunakanlah tong-tong kitar semula yang terdapat  untuk membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
➢Cuba mencari cara untuk kitar semula setiap bahan seperti kertas, plastik,  loam dan kaca. Bahan-bahan lain seperti perabot, barangan elektronik, bahan  pembinaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula.
➢Beli produk-produk yang menggunakan barangan kitar semula.
➢Mengitar semula barangan kebun dan menanam pokok boleh memperbaiki  alam laman anda. Mengkompos, iaitu proses pereputan bahan-bahan boleh  reput, dapat digunakan semula sebagai baja di laman. Ia adalah cara terbaik  untuk mengurangkan sisa dapur.
➢Mengitar semula rumput merupakan cara yang ringkas untuk mengembalikan  zat-zat kepada tanah apabila rumput yang dipotong ini dibiarkan mereput.

No comments:

Post a Comment