Sunday, November 20, 2016

Pertandingan Kitar Semula

Terdapat pelbagai pertandingan yang boleh dijalankan untuk memupuk nilai kitar semula dalam kalangan masyarakat. Umum sudah sedia maklum bahawa amalan kitar semula ini mestilah dipupuk sejak kecil lagi dalam diri anak-anak kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pertandingan yang dianjurkan secara berperingkat, seperti contoh pertandingan peringkat sekolah, diikuti peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. Hal ini demikian dapat meningkatkan kesedaran sayang akan alam sekitar yang menjadi tunjang utama kesejahteraan bumi kita ini. 



Nama Projek:
Kitar Semula Budaya Kita

Pengenalan Projek
 
Program ini khas dilaksanakan untuk mendedahkan semua warga sekolah
pengetahuan tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan
seterusnya meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah dalam amalan lestari
hidup terutamanya mengitar semula bahan-bahan yang sedia ada dalam kawasan
sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan adalahgotong-royong, projek inovasi bahan terbuang, jualan bahan terpakai, pertandingan melukis dan pertandingan mencipta sajak alam sekitar.


Matlamat Projek

Menjadikan warga SMK Padang Saujana  sedar dan bergiat aktif
dalam program kitar semula dan sayang akan alam sekitar.


Objektif Projek
        Objektif utama pertandingan itu dijalankan adalah untuk


  •  memupuk nilai sayang akan alam sekitar dalam kalangan pelajar. 
  • Selain itu, untuk meningkatkan kreativiti pelajar dalam mengubah bahan kitar semula menjadi sesuatu inovasi yang baru. 
  • Akhir sekali, untuk mengutip sumbangan yang diperoleh untuk kegunaan sekolah.



Faedah Projek
 
I. Semua warga sekolah didedahkan dengan pengetahuan secara lebih
mendalam mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar.

II. Warga sekolah dapat memanfaatkan program ini untuk dilaksanakan di
tempat kediaman masing-masing dengan mempraktikkan amalan kitar
semula.

III.Dapat mengutip dana untuk sekolah.

Pihak Pelaksana Program Amalan Lestari Kitar Semula
 
PIBG, Kelab Bahasa Melayu, Staf, Pelajar Tingkatan 6

Strategi Pelaksanaan
 
1. Mengadakan taklimat ringkas berkaitan dengan kitar semula kepada semua
murid semasa gerak gempur pagi.

2. Memaparkan maklumat tentang pencemaran alam sekitar dan risalah-risalah
tentang kepentingan kitar semula di setiap kelas.

3. Menganjurkan pertandingan antara kelas yang berjaya mengumpul bahanbahan
kitar semula terbanyak dan berkesan.

4. Memberi pengiktirafan kepada kelas yang menyumbang dan terlibat secara
aktif dalam melaksanakan program kitar semula ini

5. Menjalankan aktiviti pungutan dan pengumpulan bahan kitar semula pada
hari penamat program ini.

6. Menyediakan beg plastik hitam dengan label kepada setiap kelas
agar mereka dapat mengkategorikan jenis-jenis bahan kitar semula mengikut
kumpulan yang betul misalnya kertas, plastik dan tin-tin aluminium.

7. Menghubungi agensi-agensi berkaitan untuk mengumpul semua bahan kitar
semula yang berjaya di kumpul oleh murid-murid di setiap kelas



Pencapaian

Objektif tercapai dan semua warga sekolah mengambil bahagian secara aktif
dalam setiap program yang dijalankan.
Segala program yang dijalankan mendapat kerjasama yang menyeluruh dari
warga sekolah dan AJK SEKOLAH.

Masalah dan Kekangan Yang Di Hadapi
 
Kekangan dari segi masa untuk menjalankan program selain dari waktu
sekolah dan aktiviti yang dijalankan hanya terbatas pada aras murid sekolah rendah.

Perancangan Seterusnya
 
Meneruskan program ini dengan memantau keberkesanannya dari masa ke
semasa dan menggalakkan murid sepanjang masa dalam mengumpulkan bahan
kitar semula dengan cara memaklumkan setiap minggu semasa perhimpunan pagi.
Menambahkan lagi aktiviti dan program yang berkaitan kesedaran kitar
semula dan ia akan dijadikan aktiviti wajib setiap tahun seperti program 3R ‘Reduce,
Reuse, Recycle.


Status Kemajuan Pelaksanaan Projek










Related image

No comments:

Post a Comment